Apa Yang Saya Faham Tentang ICT


Dunia pendidikan sekarang semakin mencabar. Sebelum ini guru banyak menggunakan 'talk & chalk' tetapi kini terdapat pelbagai cara untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran. Antaranya gunakan Teknologi Maklumat (IT). Jika dahulu guru terpaksa mencari maklumat dengan pergi ke perpustakaan, membaca buku yang belum tentu ada maklumat yang ingin diperolehi atau membuka ensiklopedia yang tebal, kini semua itu hanya dihujung jari anda. Kita tidak perlu terkejar-kejar mencari informasi yang belum tentu dapat. Di samping itu, kita dapat menjimatkan masa, tenaga, minyak petrol yang semakin mahal, bil air sebab kena mandi sebelum dan selepas ke tempat untuk cari maklumat, bagi perempuan dapat jimatkan make up dan macam-macam lagi.
Dengan menggunakan IT, kita dapat lebih banyak maklumat dan tiada lagi istilah rakyat Malaysia ini seperti "Katak di bawah tempurung". Apa pula pendapat anda?


Thursday 9 June 2011

Penggunaan ICT dlm p&p Bahasa Melayu

ICT : pada suatu masa dahulu tiada siapa ketahui apa itu ICT. Tetapi sekarang ICT sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita seharian. Semuanya hanya dihujung jari anda. Antara faedah ICT dalam pengajaran & pembelajaran ialah :
(a) Kebebasan belajar
● Pelajar dapat belajar/memilih maklumat dengan cara sendiri.
● Web serasi dengan cara pembelajaran yang diminati oleh pelajar kita pada hari ini.
● Pelajar dapat belajar berdikari.
(b) Menyediakan capaian ke pelbagai sumber maklumat, untuk rujukan pantas.
(c) Membolehkan pelbagai kaedah pengajaran yang kreatif.
● Pelbagai kemudahan yang berasaskan teknologi (penyebaran, penambahan dan pengeditan kandungan/maklumat kursus).
● Bahan yang diterbitkan dan disampaikan kepada pelajar dengan teknologi mutakhir ini boleh dalam bentuk tertulis, foto, dalam bentuk audio/video ataupun ‘secara langsung’.
(d) Menggalakkan minat pelajar terhadap komputer.
● Jurang digital dan fobia komputer dapat dikurangkan.
● Pelajar dapat membiasakan diri dengan pemikiran yang terbuka tanpa tekanan.
(e) Menjimatkan pengagihan tenaga guru.
Teknologi dapat menggantikan keperluan penempatan guru bahasa di setiap kawasan.
(f) Menyediakan kesempatan belajar yang baik untuk golongan masyarakat yang sibuk.
Golongan profesional dapat memanfaatkan waktu-waktu terluang (waktu rehat/ makan tengah hari ataupun waktu malam) untuk mencapai dan melayari internet dan meneruskan pembelajaran tanpa perlu bergegas ke kampus, terutamanya apabila kampus terletak jauh dari tempat kerja/tinggal.
(g) Membolehkan proses pembelajaran yang lebih teratur dan lebih lentur.
Tiada had waktu belajar seperti dalam bilik darjah nyata (30 minit sehari untuk satu mata kuliah) – proses pembelajaran boleh dilanjutkan sehingga selesai atau pun boleh dihentikan untuk disambung semula pada kesempatan yang lain.
(h) Meningkatkan kemahiran berfikir.
Dalam banyak kajian, komputer telah didapati berkesan dalam pengajaran bahasa kerana kaedah ini menggalakkan pelajar untuk berfikir dan menjadi lebih inkuisitif dan peka terhadap aspek-aspek bahasa dan budaya yang dipelajari.
(i) Menjimatkan kos percetakan dan penghantaran.
Kos untuk mencetak buku dan bahan ajar serta menghantarkan bahan-bahan tersebut ke setiap pusat/institusi pendidikan dapat dijimatkan dengan adanya kemudahan pengaliran bahan dan maklumat melalui teknologi internet.